Pages 2

Untukmu Kawanku

Ahad,23 Ogos 2015
10:06 p.m

Kawan,
Kelmarin kau dan aku bermasam muka.Semalam kita mula bermaafan.Dan hari ni.Aku pendengar terbaik bagi kau.Sedar.Ye,sedar.Kita mula sedar bahawa setiap detik itu adalah pelajaran dan pengajaran.
Aku gembira bila kau percayakan aku.Walau macam mana bergaduh pon.Kau tetap percayakan aku.Aku masih ingat.Haritu,kau cerita kat aku tentang gundah gulana kau.Tentang perasaan marah kau.Dan tadi,kau ceritakan kat aku tentang kebahagiaan kau.
Aku gembira untuk kau.Walau aku tau aku tak mampu segembira kau.Walau aku tau sebenarnya aku cemburu dengan kau.Tapi aku tetap gembira untuk kau kawan.

Kau bertuah.Ye,kau bertuah,
Sebab memiliki seorang ayah yang sangat ambil berat terhadap kau.Kau memiliki ayah yang sentiasa mendorong kau dari belakang.Sedangkan ayah aku?
Kau bertuah kawan.Ye,kau sangat bertuah.
Bonda kau masih ada untuk mendokan kau dari jauh.Bonda kau masih ada untuk memberi semangat tika kau jatuh.Bonda kau masih ada untuk kau adu kasih.Sedangkan aku?

Kawan,
Mungkin pada kau aku terlihat gembira.Tapi tu semua palsu.Sebab aku nak kau bersyukur.Kau masih ada orang tua.
6 bulan kepergian arwah mama membuatkan aku rasa diri aku seorang yang sangat asing.Aku kehilangan satu-satunya insan yang sentiasa ada tika jatuh bangun aku.Insan yang setia memujuk rajuk sedih aku.Pedih.Sakit.Hanya Tuhan yang tahu.

Aku cuba untuk sembunyikan segala kesedihan aku didepan kau.Didepan semua orang.Aku cuba jadi setabah arwah mamaku yang berusaha merahsiakan tentang kesakitannya hingga hujung nafasnya.Walau sakitnya dia seorang yang rasa.Setiap malam bila teringat arwah,airmata aku mengalir.Hati aku.Aku rindu mama.Tapi bila pagi,aku seka airmata aku sendiri.Aku nak kau bahagia.Aku nak orang sekeliling aku bahagia.Walaupun hati aku sakit sangat.Aku cuba belajar redha dengan ketentuan Illahi.Aku cuba kawan.Aku cuba.

No comments:

Post a Comment